Tuesday, January 10, 2012

Mimpi membawa aku ke alam keRINDUan yang melampau.

0 comments
detik jam 11:39 minit malam aku terjaga dari lena tidur ku yang tak berapa nak lama,
mimpi membuat lena ku terjaga tatkala aku sedang tidur asyik dengan tiupan kipas angin yang agak sepoi2 kedengaran di corong telinga ku,

Lantas berakhirnya mimpi itu lalu aku pon terjaga dalam keadaan keadaan mata terbuka dengan romantik nya,

Persoalan nya, mengapakah mimpi itu wujud ketika dia tiada lagi dalam hidup ku,WHY!? KENAPA!? MENGAPA!? dan APA PASAL ? Why should Be me "Lirik Lagu Justin Bibir la pulak",
kenapa mesti DIA yang masuk dalam mimpi tuh,? ape takde orang lain yang boleh ada dalam mimpi tuh ke ? dalam berjuta2 lemon orang, dia gak yang ada dalam mimpi tuh, "ASTAGHFIRULLAHALAZIM"dasyat sungguh.

Kata orang bukan kata si sang lembu, klu mimpi kan seseorang tuh, tandanya seseorang itu sedang MERINDUI seseorang itu? btol ke?

Cuba korang selak dalam kamus dewan perdana felda pada babak ke 6 perenggan ke 15, ade tak tercatit nye satu ayat yang bunyik nye sama mcm dengkuran korang tido memalam, ade??

What? xde?

Wakahakahak, Memang takde la, sebab korang tau ke dengkuran korang mcm mana? klu nak tau tunggu korang nye paparan dalam iklan babas, ;D

"ape yang ko merepek ni jin". walala .

Jauh dah menyimpang ni, hee , Berbalik kepada persoalan tadi ye, "MACAM MANA BOLEH TERMIMPI KAN SI DIA"

Korang nak tau tak mcm mana jalan cerita mimpi tuh terjadi,? takde script, cuma spontan je. hahah .

mari saya kupas, saya bongkar, saya ulas kan ,

Bermula la al kisah pada waktu itu saya telah di ajak oleh kawan saya yang ingin memasuki pertandingan @Masterchef, kami berempat semuanya, "kawan baru agaknya, tak bape nak cam muka", yang diketuai oleh salah seorang juri @masterchef yang botak2 ade jambang tuh, " sape tah nama dia" cuma ingat muka je,

pada waktu kami sedang Rehearsel (raptai), "tiba2 langkah ku terhenti", haha . saje nak gempak,

Tiba tiba ade seorang juri ni umumkan bahawa juri jemputan kita pada malam ni adalah Si DIA dan Si polan ni, tak hengat lagi nama, yang DIA tuh, biarlah rahsia nama nye eyh , cukup la sekadar aku je yang tau, biar orang ramai perasan yang itu adalah dia konon nye . hahaha . :D

Aku punye la xsangka, kenapa mesti dia jadi juri, rasa nye dah lari dari bidang ape yang dipelajari nya buat masa ni, haishh . dah nama pon mimpi, spontan lak tuh , ke xde watak orang lain ke . letak la Shila Amzah ke, Lisa Surihani ke , Maya Karin ke, tak pon nak letak Juliana Evans , ahahaha, berangan tak sudah, dah nama pon mimpi, "ASTAGHFIRULLAHALAZIM" muhasabah diri sikit bro, MONGIK tol. hahaha.

Sambung lagi,

takpe la , so aku focus on my contest masa tu, think profesional skit la,heee, and bla bla bla.

Kemudian malam pon tiba, so pendek kan citer pertandingan nak bermula la,

pada waktu aku tengah siap2 and makeup2 muka aku yang agak hitam manis macam adi putra ni, cewahh , hahah . ok ok . dalam aku tgh bersiap, tiba barang aku tertinggal dalam kete, jadi aku pon bercadang nak gi amik barang aku sat kat kete aku yang aku parking tidak berapa jauh dari dewan tersebut," cewaah, mcm pembaca berita plak, hihi",

Langkah demi langkah aku menapak keluar dari dewan dan menuju ke arah kete yang xbape nak cun tuh tiba2, "tiba2 lagi," heee . Tiba2, ade sebuah kereta TOYOTA ESTIMA lalu " naseb kete lain dari yang sedia ade skang, haha" . Lalu dan parking selang beberapa kereta dari landak aku, aku x tgk la sape, sbb aku xbape minat estima, Xbape nak fanatik sgt. sbb aku fanatik kete WOLKSWAGEN 'GTI' GOLF, heee . high taste tuh,
jadi Aku xbape nak usya sangat la sape yang nak turun.

So dalam buat dek tuh, Lantas terkejut beruk aku tiba2 ade orang tegur aku "makin menyombong nampak" terkezut lotong aku, haha, Ingin Tau sebab ape? sbb aku dah lama tak jumpa dia n mak nya la, thats why la dah lain,punya aku tenung punya tenung, rupanye ibunya yang cantik dan nampak ayu, walaupun agak berumur sedikit, wajah tetap bersinar dan aku terkejut, dia pon nampak lain, sbb DIA dah makin berisi, nampak gempal sedikit, berbeza la dari yang biasa aku pernah tgk die dulu, ish ish ish, "ish ish ish, dah besor ye ko nak" hihih

Kemuadian aku menjawab la, "Maaf makkcik,(sambil bersalaman) Takde la makcik, saya tak perasan, sbb saya sedang mencari barang saya" tersenyum sipu2 aku, hahaha .. kontrol n nak menydapkan ati dia balik,

"ko masih dengan anak makcik?" kata ibunya kepada ku,

"Tidak makcik, saya dah tak ganggu anak makcik lagi, kami tiada ape2 hubungan," sambil tersenyum yang tak bape nak ikhlas, kenapa tak ikhlas? tah aku pon tatau la. heee.

"Ibu kami dah takde pape lagi, kami dah lama 'BREAK'" Ujar si DIA dengan senyuman nya yang agak cute macam ni :).

aku dalam keadaan tertunduk malu dan hormatkan ibu nya, dan sambil tersenyum mcm ni :D . ahahhaa.

kemudian mereka meminta diri untuk masuk dan bersiap untuk upacara pada malam tersebut,

Dia dan ibunya tidak tahu pon aku join pertandingan Memasak tuh, hahah , (Kenapa mesti pertandingan memasak?) hahahahaha . xpe lah . tak penting pon.

lalu pertandingan pon bermula, aku lihat dia dari jauh duduk di meja juri, aku merenung tajam, street, terus menerus ke arah dia, klu ada halangan pon aku rasa tembus la.. hahaha . yelah , sbb lama xberjumpa dia. so perasaan yang lama tuh membuak2 kuar kembali kan.hahahha .

Tiba2 aku dengar satu lagu deringan yang amat kuat, seperti berada di sebelah telinga aku yang agak cute ni..

Tiba Tiba, (Tiba2 lagi), aku menoleh dalam keadaan yang laju dan mata yang terbuka luas,

Korang tau ape jadi lepas tuh????????

Punya La potong,

Rupa2 nya aku tersedar dari mimpi yang agak indah tuh, haish . terima call dari no yang tidak dikenali, punya la aku frust, tak la bape sangt. skit2 tuh ade la . hahahaha. takde time lain ke nak salah call? time tuh jugak ko nak call. ish ish ish.

tapi kenapa SI DIA muncul tatkala aku sedang berlumus tungkus untuk melupai sedikit demi sedikit untuk memadamkan memori waktu aku bersama denganya,?

KENAPA?
MENGAPA?
WHY SHOULD BE ME?

ishhhh.

Dengan muncul nye mimpi itu, perasaan aku membuak2 penuh dengan kerinduan yang terlampau, tiada kata yang boleh aku ungkapkan selain kata rindu ni,

tapi dia dah jadi milik orang lain, buat ape aku nak rindu yang sememangnya rinduku tidak diperlukan lagi?

Pernah terdetik untuk menghubungi Si DIA, tapi aku tak sanggup nak lukakan hati aku lagi, sbb perasaan aku still sama walaupun aku kikis dan kikis, aku kikis belah kiri, dia tumbuh belah kanan, aku kikis belah kanan, di tumbuh atas, aku kikis belah atas, kat bawah tumbuh semua, ishh . payoh nok. :(.

tapi ape pon aku takkan ganggu dia lagi, dan tanak put harapan pada diri aku yang sememangnya tiada harapan untuk aku ubah segala PERCINTAAN aku bersama dengan NYA,

aku manusia yang tak sempurna, blaja pon tak kemana, wang rinngit tiada, dari keluarga yang sederhana(alhamdulillah).

hanya doa yang ku iringkan, untuk memastikan kau berjaya dan bahagia dalam hidupmu satu hari nnt insha allah . semoga permilihan pasangan mu biarlah bukan mcm aku dan bukan la kurang dari diri ku, tapi biarlah yang lebih dari ku, Agar hidupmu tak seburuk seperti denganku dahulu.

terkurang terlebih minta maaf la ye . bukan nak memburukkan, tapi cuma ingin meluahkan yang terpendam,

Sukses yo~

Ikhlas Dari Ku,
MRZ
 

Selamat Datang Ke Laman BLOG KU Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template